Pages

Subscribe Twitter Twitter

Saturday, 1 August 2009

Sebab sebab Komputer jem atau hang


1. Hardware conflict : Kadang-kadang sering terjadi hardware is not supported. Sebagai contoh motherboard tak support dengan VGA card, menyebabkan penampilan gambar menjadi kotak - kotak. Bahkan komputer sering restart sendiri atau bluescreen(bukan disebabkan oleh virus). Selain itu, disebabkan kerana hardware tersebut tidak di install dengan baik. Kalau nak lihat atau check hardware yang bermasalah klik Start -> Setting -> control panel -> System -> Device manager. Di sana cuba lihat ada tanda '!' dalam segitiga kuning. Kalau ada bererti ada hardware anda yang bermasalah. Cara yang paling baik ialah reinstall lagi driver untuk hardware tersebut.

2. RAM yang teruk. Kadang2 sering menyebabkan “blue screen”. Cuba ganti RAM baru. Atau mungkin kesalahan yang ada 2 RAM yang mempunyai spesifikasi yang berbeza dipasang pada satu komputer, maka kalau nak tambah RAM cuba pastikan spesifikasi nya sama.



3. BIOS - Sentiasa update BIOS system anda, sentiasa ikuti perkembangan BIOS anda di website.

4. HardDisk- Susunan file di dalam harddisk dah tidak teratur menyebabkan pc menjadi hang kerana filenya mungkin berada di mana-mana bahagian dalam sector. Oleh itu lakukan Disk Defragment. Jangan lupa jalankan Disk Clean-Up sebulan sekali. Gunakan 'CCleaner' version terbaru untuk Clean up.


5. Graphic Card. Ni disebabkan Video@ Graphic card yang tak support, cuba tukar setting appearance nya. Kalau tak menjadi juga bermaksud VGA card @ Graphic Card harus diganti dengan VGA card yang sesuai dengan motherboard dan OS. Jadi, sebelum beli graphic card, sila pastikan ianya sesuai dengan komputer anda.


6. Virus. Kadang-kadang virus akan buat pc anda berkelakuan pelik. Oleh itu, gunakan anti virus yang ada di pasaran. Belilah yang original untuk pastikan tiada masalah di kemudian hari. Byk yg boleh dipilih -Produk Kaspersky, AVG,Norton,NOD...dan lain2.



7. Printer. Kadang-kadang di saat kita nak print file yang besar dan banyak, sering pc kita jd hang. Hal ini disebabkan kerana setiap kali kita nak print dokumen PC mengirimkan file tersebut ke memori yang ada pada printer. Jika printer tu cuma punya memori yang kecil, ianya akan menimbulkan masalah. Kalau hal ini terjadi cabut dahulu kabel printer yang bersambung ke pc, selepas itu matikan printer dan on semula.


8. Software. Masalah yang sering membuatkan komputer hang. Sebelum install software pastikan dulu adakah iaya compitable dengan sistem operasi pc kita (Mac , Linux, Windows XP, Win Vista, Windows Seven). Check juga system requirementnya.

9. Terlalu panas. Sering terjadi hardware tidak berfungsi kerana terlalu panas, tambahkan kipas atau install cooling system seperti Cooler Master pada komputer anda untuk memastikan suhu komputer anda sentiasa terkawal untuk memastikan performance komputer anda sentiasa berfungsi dengan lancar.




10. Power Supply. Supply elektrik yang kurang juga dapat membuat PC jadi berfungsi dengan tidak betul. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan tenaga dari PC itu sendiri.

Jika anda ingin membeli sebuah komputer baru, sila pastikan anda bertanya dengan tecnichan komputer yang ada di kedai komputer tentang perkara-perkara ini sebelum anda membelinya.