Thursday, 3 September 2009
Safe your mobile phone from wet condition
Tips ini adalah untuk sesiapa yang handphone,pda atau apa2 gadget yang telah basah terkena air.
This tips will tell you what to do if your phone wet or sinked in the water.
Pada musim hujan, kejadian telefon bimbit(HP) anda basah adalah perkara biasa. Atau mungkinkah HP anda tenggelam dalam kolam,tasik atau laut tanpa sengaja.
Yang jelas, bukan bererti semua HP yang terkena air atau tenggelam ini akan rosak. Ada beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan HP anda ini.
1.Keluarkan HP dari air (Get it out/away from the water)
Keluarkan secepat mungkin (Kalau dah tenggelam,perlahan-lahan pun xpe)
Plastik Housing?Casing HP yang melindungi HP cukup ketat, namun air dapat masuk ke dalam HP dengan cepat.
2. Keluarkan Bateri (Remove the battery pack)
Ini merupakan salah satu langkah yang paling penting. Mematikan arus ke hp adalah langkah penting pertama untuk menyelamatkannya. Banyak litar di dalam ponsel akan bertahan dari air jika tidak terpasang ke sumber tenaga(bateri). Dengan ini, litar elektronik yang ada di dalamnya tidak akan rosak dengan lebih teruk.
3. Keluarkan SIMCARD (Remove the simcard)
SIMCard digunakan untuk menyimpan nombor-nombor kenalan yang penting, maka langkah selanjutnya adalah segera mengeluarkan SIMCard dari slotnya di HP. Ini demi mencegah elemen pada SIMCard mengalami kerosakan akibat terlalu lama basah dengan air.
4. Buka Housing/Casing HP (Remove the phone housing/casing)
Beberapa HP keluaran terbaru menggunakan rekaan housing/casing yang mudah dibuka. Dengan membuka casing maka akan terlihat jelas air membasahi bahagian dalam HP. Sekaligus langkah pengeringan dapat dilakukan pada bahagian-bahagian ini.
5.Lakukan Pengeringan (Dry it with dry fabric or tissues)
Keringkan dengan menggunakan kain lap kering atau tisu. Jangan mengeringkan dengan menggunakan hair dryer kerana air akan masuk lebih jauh ke bahagian dalam HP.Don't use hair dryer.
6. Masukkan ke dalam bekas berisi beras (Put it in the Uncooked Rice's container)
Masukkan HP anda yang telah dikeringkan tadi ke dalam bekas yang berisi beras dan pastikannya ditimbus di dalam. Beras sangat efektif untuk menyerap sisa-sisa air yang terdapat pada bahagian yang sulit untuk dijangkau. Dengan begitu, HP akan kering secara sempurna. Biarkan selama 3 hari.
Very effective to absorb water from the component.Let it in the rice's container for at least 3 days
7. Cuba Try Test
Masukkan bateri dan hidupkan HP anda. Jika HP tidak hidup, pasangkan charger pada HP agar mendapat tenaga elektrik secara langsung dari sumbernya. Jika HP hidup, bererti bateri itu telah rosak dan harus digantikan dengan yang baru. Namun jika tidak juga berjaya dihidupkana, bawalah HP anda ke tempat servis agar anda boleh mendapat kepastian adakah HP masih boleh dipakai atau tidak. Kalau tidak, beli la HP baru. At least kita dah try kan.
Selamat Mencuba..Good Luck