Pages

Subscribe Twitter Twitter

Saturday 1 August 2009

DeskSpace


DeskSpace


live preview, click sinih
Pernah bermimpi untuk mempunyai 4 Desktop dalam 1 PC? DeskSpace akan menjadikan impian anda sebuah realiti. Eceh, ayat tak leh blah. Khai sangat teruja mempunyai DeskSpace di dalam notebook ni. Contohnya, korang tengah banyak tab kat taskbar windows. Tiba-tiba member korang nak guna sekejap. So mesti korang takut tab tu akan terpadam kerana banyak perkara penting yang masih terbuka. Begitu juga kalau korang rasa terlalu banyak tab sedang terbuka, dan korang perlukan satu desktop yang clean untuk tidak menyakitkan mata. Dengan DeskSpace, korang boleh switch ke windows baru tanpa perlu log off untuk pergi ke user account yang lain. Betul, ini wajib korang download dan tunjukkan pada rakan sepejabat mahupun sekolah. Mereka mesti akan cakap, Aku nak wei!! aku nak!!.