Tuesday, 22 June 2010
Install lebih dari satu Operating System dalam PC anda secara Virtual
Teringin nak cuba Linux, tapi tak berani nak install? Yela, takut-takut tersilap install, habis lak satu hard disk tu nanti. Kalau begitu, anda boleh gunakan innotek VirtualBox. Perisian ini adalah merupakan alternatif kepada VMWare, malah lebih baik dari VMWare kerana ianya percuma! ^^
Dengan VirtualBox, anda boleh install apa-apa OS di dalam Windows anda. Jangan risau kerana ianya tidak akan menganggu sistem Windows sedia ada, kerana OS ini ditempatkan di dalam virtual machine.
Apakah itu Virtual Machine?
Apabila anda ingin install satu OS baru di dalam VirtualBox, anda terlebih dahulu harus membuat satu ‘komputer maya’. Komputer maya inilah yang dipanggil sebagai Virtual Machine. Sperti komputer biasa, anda juga boleh tambah hard disk, RAM, shutdown, masukkan CD, dan macam-macam lagi kepada Virtual Machine ini.
Langkah-langkah untuk install OS anda di dalam Virtual Machine tiada bezanya dengan komputer biasa. ON kan Virtual Machine anda, masukkan CD, dan install OS seperti biasa.
VirtualBox vs VMWare
Bagi pengguna yang telah biasa menggunakan VMWare, anda akan perasan beberapa ciri-ciri pada VirtualBox yang tiada di VMWare, antaranya ialah:
*Anda boleh masukkan CD atau mount image semasa VM berjalan. Berbanding dengan VMWare, CD Drive atau fail ISO harus ditetapkan terlebih dahulu.
*Seamless mouse integration. Anda boleh gerakkan mouse secara bebas, di dalam dan di luar VM. Berbanding dengan VMWare, anda harus tekan Ctrl+Alt untuk keluar dari VM.
*Shared folder. Host system boleh berkongsi folder dengan guest system, sama seperti shared folder dalam sesuatu network. Apabila anda tambah sesuatu fail dalam folder tersebut, di host system misalnya, ianya terus boleh diakses pada guest system. Bagi saya, ini adalah fungsi yang paling berguna.
Namun begitu, innotek VirtualBox masih mempunyai beberapa kekurangan. Sokongan terhadap USB drive amat lemah berbanding dengan VMWare. VirtualBox juga tak boleh load VM yang telah dibuat, bermakna anda tidak boleh menggunakan VM anda di komputer lain, ataupun setelah uninstall VirtualBox.
Dapatkan VirtualBox di sini.