Pages

Subscribe Twitter Twitter

Sunday, 13 June 2010

Kenapa Laptop keluaran A*** dan C***** lebih cepat rosak berbanding laptop keluaran D***?

Laptop rosak?

Seperti yang sering dihadapi oleh pemilik-pemilik laptop keluaran A**r dan C****q di Malaysia, kebanyakanya akan mengadu dalam forum2 komputer (antaranya kawan2 seuniversiti saya)yang laptop mereka sering mengalami kerosakan-kerosakan yang remeh.

Antaranya kerosakannya ialah pada LCD monitor laptop (white screen atau terus tak berfungsi), laptop terlampau panas (overheated) dan kipas, pembesar suara(build in speaker) dam kamera web (webcam) tidak berfungsi dan sebagainya. Kerosakan kecil seperti ini kadang-kadang akan menyebabkan kerosakan di bahagian yang lain pada masa akan datang. Antaranya yang paling ditakuti(nightmare) bagi seorang pemilik laptop ialah laptop overheated, menyebabkan samada Processor chip,Graphic chip, wayar kabel atau elemen lain-lain dalam Motherboardnya terus terbakar dan tidak boleh lagi dibaiki. Jadi anda harus menukar..tetapi tak semua boleh anda tukar. Adalah lebih baik anda membeli laptop yang baru daripada membaikinya.

Apa sebenarnya punca utama kerosakan ini berlaku pada laptop-laptop ini?

Rahsianya..sila lihat dua gambar di bawah:




Body frame



Body frame bersama motherboard


Baiklah..seperti yang anda dapat saksikan, ini adalah gambar sebuah laptop keluaran C***** (laptop A*** pun lebih kurang serupa macam model ni) yang telah 'dibogelkan' sehingga tinggal kerangkanya (body frame) sahaja. Cuba anda lihat terdapat satu bahagian yang bulat(seperti lubang di sebelah kiri atas, di situ terletaknya kipas motherboard(tempat haba dikeluarkan dari dalam badan laptop).

Jadi secara logiknya di bahagian tersebut amatlah panas ketika laptop digunakan, apatahkan lagi jika pemilik-pemilik laptop yang 'hardcore' menggunakan laptopnya berjam-jam tanpa henti(seperti pemain Game yang tegar). Seperti yang anda boleh perhatikan betul-betul dalam gambar body frame di atas, terdapat wayar-wayar halus yang berdekatan dengan bahagian atas laptop, bahkan ada wayar-wayar tersebut melalui bahagian yang panas tersebut. Di situlah kebanyakan wayar-wayar diletakkan di dalam laptop..seperti wayar LCD Screen dan Webcam.

2 perkara utama harus diPERSOALKAN ialah:

1. Kenapa pengeluar laptop-laptop jenis ini menggunakan wayar yang halus, yang cepat dan mudah putus dan mudah terbakar di dalam model keluaran mereka?? (Mahal kot laptop,bukannya murah nak beli sebijik ni..kualiti la cket beb!)

2. Kenapa mereka meletakkan wayar-wayar tersebut melalui bahagian yang paling panas dalam laptop-laptop ini??? (ada akal ker? dah la wayar kecik dan fragile, lalu pulak kat situ!)



Jadi adakah berbaloi jika anda memiliki laptop keluaran 'cincai' seperti ini?? Bagi pembaca blog ini, ini adalah pendapat dan kritikan daripada saya, mungkin anda ada sebab dan pendapat sendiri mengenai laptop keluaran ini. Kalau anda tidak percaya, jika anda mempunyai laptop keluaran A*** atau C***** (mana-mana jenis laptop keluaran brand ini, cuba anda sendiri buka, 'bogel'kan laptop anda dan lihatlah sendiri apa yang saya cuba tunjukkan ini betul ataupun tidak. Tetapi itu semua atas risiko anda sendiri ye.

Cukuplah dua persoalan dan perkara seperti ini yang harus saya ungkitkan kepada pembaca blog ini.Yang lain terpulang kepada anda untuk menilainya sendiri.


Cadangan saya - Belilah laptop keluaran D*** kerana saya sendiri sudah melihat keadaan di dalam body frame..wayarnya tersusun dan tidak langsung dekat dengan bahagian yang panas dan yang pentingnya,wayar yang digunakan bukanlah jenis yang nipis! Tahan lama, puas hati~

p/s: saya tidak mempunyai Laptop kerana saya lebih minat menggunakan PC (sbb main game). Niat saya bukan untuk 'condemn' laptop keluaran tersebut dan bukanlah untuk promote laptop seperti yang saya cadangkan. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya serba sikit tahu. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Terima kasih~