Pages

Subscribe Twitter Twitter

Friday 31 July 2009

Read Malay's and Chinese's website in English Version


Mungkin ramai yang sudah tahu tentang perkara ini, sebelum ini Google ada menyediakan khidmat penterjemahan perkataan dalam bahasa yang disokongnya. Selain itu, ia juga turut menyediakan penterjemahan laman web sekaligus. Berikut ialah cara yang boleh dilakukan untuk melihat mywindowsxp dalam versi Inggeris.

1. Pergi ke laman web Google Translate iaitu: http://translate.google.com.

2. Masukkan url laman web yang ingin diterjemah. Dalam contoh ini, laman web ini digunakan.

3. Pilih bahasa untuk diterjemah dan bahasa terjemahan.

3.1 Jika Dekan memilih untuk ‘Detect Language’ ke ‘English’, ralat ini akan keluar:

3.2 Oleh itu, Dekan memilih “Indonesian” dan menterjemahkan ke English. Dan Hasilnya ialah seperti berikut:

Amacam? Boleh tak?

Anda juga boleh membaca surat khabar Bahasa Cina secara online dengan cara sebegitu. Tak percaya?

Selain Google, Yahoo juga menyediakan khidmat terjemahan oleh BabelFish.
Sekian sahaja, selamat membaca. :)